dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - ii

2 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Ogos 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Baiki Gajet sesi 2 - ii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, Cikgu MAHIR memberi penerangan mengenai pengenalan peralatan asas, membaiki telefon bimbit dan membaiki komputer riba. Cikgu MAHIR memberi penerangan mengenai kegunaan serta penjagaan penyelenggaraan multimeter, heat gun, soldier iron, gam t-8000 / t7000, tweezer, spudger, scresdriver set, pry tolls dan suction cup. Selain itu, Cikgu MAHIR memberi penerangan mengenai potensi menjana pendapatan dalam bidang baik pulih telefon bimbit kerana permintaan tinggi untuk pembaikan, peningkatan bilangan pengguna telefon pintar, margin keuntungan yang tinggi, peluang perniagaan tambahan, kemahiran yang mudah diperoleh dan keterlibatan pelanggan yang tinggi. Seterusnya, Cikgu MAHIR memberi penerangan mengenai peluang kerjaya dalam bidang baik pulih telefon pintar seperti juruteknik baik pulih telefon pintar, pengurus pusat servis, jurulatih / pengajar baik pulih telefon pintar dan usahawan / pemilik kedai baik pulih.

Antara lain, Cikgu MAHIR menerangkan mengenai faktor-faktor yang meningkatkan peluang kerjaya contohnya pertumbuhan penggunaan telefon bimbit, kemajuan teknologi, kesedaran tentang kelestarian, peluang pendidikan & latihan dan keperluan pasaran. Akhir sekali, Cikgu MAHIR menerangkan mengenai langkah-langkah keselamatan asas seperti matikan telefon pintar, gunakan alat pelindung diri, bekerja di kawasan yang bersih dan teratur, berhati-hati dengan komponen kecil dan elakkan sentuhan dengan bahagian logam, pastikan pengudaraan yang baik dan patuhi prosedur pengilang.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran baiki gajet para peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.